ABOUT US

NAIM BEEF, Pembekal Daging Tempatan yang terus dari ladang sendiri. Jaminan HALAL 100% serta keluaran Muslim.

Di Naim Beef,  kami hanya menyediakan produk ‘healthy fast food’ di mana produk keluaran kami seperti Premium Beef Patty, Premium Meatball & Coming Soon Premium Sosej menggunakan 100% Daging Segar Lembu Tempatan yang mana kami fidlot sendiri ternakan kami dengan pemakanan yang berasaskan dari bijirin seperti soya, jagung dan suplemen tambahan berasaskan organik.

Produk yang kami hasilkan adalah bebas dari perisa tambahan seperti MSG dan bahan tambahan lain. Kami juga memastikan produk yang kami hasilkan menduduki standard pemakanan sihat yang tinggi supaya pelanggan kami dapat mengambil manfaat dari permakanan mereka.

Kami juga menitikberatkan status Halal dari segi penyembelihan supaya tidak wujud unsur syubhah dalam produk yang kami hasilkan.

Sasaran kami adalah untuk menghasilkan produk setanding dengan produk antarabangsa dan mengekspot produk kami ke luar negara, seterusnya membuktikan bahawa produk keluaran dari Malaysia juga berkualiti.